@ohmymedia.cc: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda sebanyak RM50 juta. Menurut kenyataan Istana Negara bertarikh 7 November 2026, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen Najib pada 18 September lalu mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara yang memberikan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda. Istana Negara menjelaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran, selain tidak melibatkan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib. “Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau,” menurut kenyataan itu. Sehubungan itu, Istana Negara berpandangan tidak sepatutnya timbul kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan sama turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati selaras dengan prinsip Raja Berperlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Malah, Istana Negara menyatakan bahawa semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi. “Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu lagi.
Oh My Media
Region: MY
Saturday 07 November 2026 04:26:34 GMT
Music
Download
Comments
asmawi¹² :
buat je pengampunan penuh biar datuk sri najib jadi menteri balik senang.kita tgk sapa yang panas bila najib naik balik
2026-11-07 06:08:04
23
Din Is :
penderhaka rakyat Malaysia wajib tolak kerajaan madani
2026-11-07 05:57:48
30
POKOK BUNGA :
2 kali madanon derhaka titah agong
2026-11-07 04:56:18
113
dens :
ampun Tuanku.
panggil PM tanyakan kenapa peguam negara tangohkan ingkar laksanakan titah Tuanku. pecat aje peguam negara
ampun Tuanku.
2026-11-07 04:58:33
41
bapak :
kita ajar nanti pru 16
2026-11-07 06:18:05
7
user09872689101001 :
Mereka dh goyang tuanku 😂😂..apa saja mereka sanggup lakukan demi kekal berkuasa..agc pun eloklah kita humban ke penjara kerana derhaka
2026-11-07 04:44:44
43
AHMAD FAUZI :
ISTANA NEGARA DAH KELUARKAN ARAHAN, TP AGC BUAT TAK TAHU JE.. AGC INGKAR ARAHAN YG DIBERIKAN. AGC RASA DIA LEBIH BERKUASA DR TITAH AGONG...
2026-11-07 05:01:56
25
mummyain555 :
lelllijkkkii8888iioìioooiooi3i
2026-11-07 07:24:06
0
sulaimansulaiman4632 :
titah tak dipeduli.arahan diingkar
siapa agung!!!!! diam membisu..diperendahkan martabat.negara dah tunggang terbalik.kuasa ditangan bubarkan saja parlimen
2026-11-07 05:02:25
20
Syahir89 :
Ampun tuanku harap tuanku ambil tindakan kepada penderhaka
2026-11-07 05:09:54
12
aku budak kampung... :
no respect...
2026-11-07 06:14:12
0
paktehh :
lucutkan segera peguam negara,ya Allah segerakan kejatuhan kerajaan madani
2026-11-07 06:59:13
4
Alias Hassan :
Daulat Tuanku...
2026-11-07 07:48:19
1
ɖąɖɖყ fƈ ®⃞ :
harap Agong ambil tindakan setegasnya
2026-11-07 06:33:30
1
Shima Othman :
melaka tolak dapa suma ni
2026-11-07 06:09:58
3
Ita_HJ🌼 :
sengaja mncari masalah.Daulat tuanku.
2026-11-07 05:32:49
3
fidaus :
selalu hero kalah dulu. .
2026-11-07 05:36:09
2
llol :
tangkap diorg Tuanku..derhaka..diorg xhormat Tuanku
2026-11-07 07:13:44
1
lahuddin kir :
mohon kepada agong Tuanku ambillah tindakan yg sekeras-kerasnya kepada pemerintah dan menteri-menteri yg terlalu biadap kurang ajar mempertikaikan titah tuanku.beri rasa mereka berkumpul satu penjara
2026-11-07 06:15:12
2
izhamahmad7 :
Terbaik lah agung👍
2026-11-07 06:30:01
1
redland :
mana penyokong dia takkan xsedar lagi...xde lagi dalam sejarah kerjaan yg kurang ajar dgn rajaa
2026-11-07 05:24:06
1
DeenGTR :
Manakan tidak YDPA berikan Pengampunan, Pasti ada ke tidak Adilan dlm proses bela diri...???
2026-11-07 05:38:21
1
wannowzinani :
nape LA X kluarkn ...duit nk tp xlepas
2026-11-07 05:42:08
1
Adi Jagat :
Dirgahayu Tuanku
Daulat Tuanku 🥰
2026-11-07 07:45:52
0
zawiah :
Terbaik. Agong
2026-11-07 08:26:37
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.