@suarasarawak: “Biar Rakyat Menentukan Mandat Pilihan Raya Umum DUN Sarawak Ke-13” - Fadillah. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Fadillah Yusof menegaskan bahawa keputusan berhubung Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-13 diserahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan arah tuju serta mandat kepimpinan negeri yang akan datang.