@berita.ks: KUALA LUMPUR, 7 Nov - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya memecat menteri yang tidak sehaluan dengan kepimpinannya bagi mengelakkan mereka daripada menggagalkan dasar kerajaan. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan berkenaan wajar dipertimbangkan susulan pertelingkahan terbuka antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan Anwar yang berpotensi menjejaskan kestabilan serta kelancaran pentadbiran kerajaan perpaduan. "Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan. “Sebab mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan. Mungkin tujuan itulah yang mereka lakukan supaya kerajaan yang dipimpin Anwar akan tumbang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. Beliau turut mempersoalkan pendirian BN yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri, namun pada masa sama mengkritik pentadbiran kerajaan perpaduan. “Prinsipnya, kalau kita menjadi anggota dalam sebuah kerajaan, kita tidak mengecam kerajaan sendiri atau parti yang ada dalam kerajaan. Itu prinsip biasa. “Apa-apa isu yang tidak dipersetujui, bawa berbincang di peringkat parti atau Kabinet, bukan diluahkan di luar sehingga menunjukkan bukan sahaja berlaku keretakan, malah seolah-olah sudah mahu pecah,” katanya. Terdahulu, Anwar secara terbuka mencabar menteri yang tidak berpuas hati supaya membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet, susulan kritikan terbuka ketika kempen PRN Melaka. Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini turut menyatakan Anwar boleh memecat menteri BN sekiranya tidak berpuas hati dengan mereka. Kredit: Sinar Harian #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 07 November 2026 08:21:49 GMT
4411
70
13
4

Music

Download

Comments

rezeki_seeker
Anndak :
PH DAP penderhaka bapa segala penyakau
2026-11-07 09:15:02
5
mduniworld
MD :
Hahaha wayang opera[Big LOL][Big LOL][Big LOL]
2026-11-07 09:27:02
0
bunga.dahlia461
DAHLIA :
Kalau la sgt. Dia lupa ke dulu dia siap kena paksa letak jawatan.
2026-11-07 09:00:36
8
bayanlansaad
bayanlan :
bila pecat...aku boleh masuk..untung untung dapat jawatan...bertambah pencen nanti ...🤣🤣🤣🤣🤣
2026-11-07 09:05:20
8
razakdaud592
...y... :
Jgn sampai sya tekan button😂😂😂
2026-11-07 08:50:35
2
privvaccy07
k4y33o :
nak abah jadi pm..dpt kluarkn kwsp..Str pun byk..
2026-11-07 09:18:39
1
azzmie67
AZZMI :
Pecat, pecat, itu lah sebab berrsepaiiii.
2026-11-07 09:16:47
2
bungai_orang
𝕭𝖆𝖇𝖞 𝕾𝖍𝖆𝖗𝖐🌹 :
Betul sekali
2026-11-07 09:12:42
3
haidar.zainal6
Haidar Zainal :
pecat jangan tak pecat.....
2026-11-07 09:00:19
2
arizami27
arizami27 :
setuju dgn abah[Suka]
2026-11-07 09:22:16
2
harun.ismail05
Harun Ismail :
betul
2026-11-07 09:23:48
1
bratwayme
karupu karuvadu :
Setuju
2026-11-07 09:23:06
1
mimiezamie
mimiezamie :
kalah lh nt msa PRU
2026-11-07 09:29:17
0
delijusoh
delijusoh :
Pecat je semua menteri UMNO, lantik org sabah dan serawak dlm gps dan grs.. baru boleh berkerja dengan jalankan tugas dengan lacar..
2026-11-07 09:29:12
1
sus_1667
SUS :
betul tu
2026-11-07 08:51:13
0
chipmunk4919
Chipmunk 🐿️ :
2026-11-07 08:52:40
1
relek_je
Relek😎je :
2026-11-07 09:28:33
0
santa77105
santa77105 :
setuju
2026-11-07 09:27:00
0
raja_perodua_s2
Rajaperodua :
Terbaik kerajaan cabar Government 👑
2026-11-07 09:17:48
0
kudakepang94
kudaKepang :
Betul...
2026-11-07 09:31:32
0
hasniabubakar1234
hasniabubakar1234 :
Ini nak percaya lagi
2026-11-07 09:16:42
0
_waaan90
w@n :
tak yah suroh orang pecat kalau dah tak sehaluan sila beri,,,,,,,,,,,,,
2026-11-07 09:19:09
0
fariza.abdul.rahi
Fariza Abdul Rahim :
Ye itu yg terbaik tp Pmx lebih tahu apa yg dia buat..hebat pmx bg jln dulu utk perosak2 ni nti adalah tu cara yg mcmana pmx akn ambil.
2026-11-07 09:14:24
0
aliasibar
Alias Ibar. :
parti bersatu...dasar dan prisip yg di pegaang tulah ramai ahli bersatu dipecat.. dgn pemecatan tu parti guyang dan tidak tentu hala..rapuh rapuh macam kayu buruk.. bila bila jatuh..last last minit berpaut dgn parti tak tentu halal..dah berpaut dgn parti kerajaan senang berpaut lebih kuat..ini dikatakan lepas anjing menyalak ..biar org tahu ada kuasa..
2026-11-07 09:25:55
1
mattesen46
mattesen :
so betul la tindakan ds najib pecat dia dulu.
2026-11-07 09:21:39
2
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About