@bernamatvofficial: Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menyempurnakan perasmian pertandingan boling sempena Sukan Malaysia di Qatar (SUQMA) 2026, yang menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di negara itu. Kehadiran beliau turut memberi peluang kepada komuniti Malaysia di Qatar untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil kerajaan, selain berkongsi pandangan mengenai perkembangan semasa dan pengalaman bekerja di luar negara. 📽: Samantha Tan | BERNAMA #digitalbernamatv #fahmifadzil #Qatar