@mediaselangor: Seramai 19 individu menerima pengiktirafan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerusi pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang. Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) kepada Panglima Briged Kesebelas Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Pahlawan Safwan @ Asri Ismail yang mengetuai senarai lapan penerima darjah berkenaan. #MediaSelangor #KlikSemasa #DarjahKebesaran #JubliPerak