@mediaselangor: Selangor mahu memperluas penyertaan warga emas dalam pasaran kerja menerusi latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula, selaras dengan usaha memperkasa ekonomi perak (Silver Economy) ketika Malaysia menuju status negara menua. EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, warga emas perlu dilihat sebagai aset dan sumber tenaga kerja yang masih mampu menyumbang kepada ekonomi, bukannya beban kepada masyarakat. #kliksemasa #mediaselangor #silvereconomy #ekonomiperak #belanjawan2027