@kopiais_kosong: Siapa sangka, di sebalik usia muda 18 tahun, Nur Balqis memiliki semangat luar biasa dalam perjuangannya menghafaz al-Quran. Wan Nur Balqis Al-Wasimah binti Wan Azuadi, anak jati Kuantan, Pahang, berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya 10 bulan 14 hari. Lebih mengagumkan, demi memperkukuh hafazannya dan mengejar impian mencapai peringkat Syahadah, Balqis sanggup bangun seawal jam 3 pagi setiap hari. Ada ketikanya dia hanya tidur sekitar dua hingga tiga jam kerana sesi mengaji berlanjutan sehingga lewat malam. Pengorbanannya membuahkan hasil apabila berjaya melepasi ujian Syahadah Sughra, satu lagi pencapaian membanggakan dalam perjalanan sebagai pelajar Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL), cawangan Terengganu. Lebih istimewa, tiga lagi adik-beradiknya turut bergelar huffaz hasil didikan dan sokongan ibu bapa yang sentiasa menyemai kecintaan terhadap al-Quran. Kisah Nur Balqis membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencapai kejayaan besar apabila disertai disiplin, kesungguhan dan pengorbanan. Semoga Allah SWT terus memberkati perjalanan Nur Balqis dan menjadikannya insan yang istiqamah memelihara kalam-Nya.🤲 Sumber: AKMAL
Fateh Al-Farisi
Region: MY
Saturday 07 November 2026 09:27:24 GMT
Music
Download
Comments
RosGhani :
alhamdullillah
2026-11-07 12:29:15
0
Cik Kuntum 70 :
Alhamdulillah
2026-11-07 12:00:13
0
Faizal Mohd :
🥰🥰🥰
2026-11-07 10:51:06
0
To see more videos from user @kopiais_kosong, please go to the Tikwm
homepage.