@melakatv: KENYATAAN PEGUAM NEGARA DIANGGAP PENDERHAKAAN – ONN HAFIZ 7 November – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kenyataan Peguam Negara sebagai satu penderhakaan terhadap institusi diraja selain menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor tampil beramai-ramai mempertahankan institusi berkenaan. Beliau turut mengingatkan supaya tiada pihak memperalatkan mana-mana agensi atau institusi bagi menidakkan hak Raja-Raja Melayu. Mengulas laporan polis yang dibuat berhubung isu itu, Onn Hafiz berkata siasatan perlu dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum proses selanjutnya diserahkan kepada undang-undang. 🎥 Faiz Hasan #OnnHafiz #InstitusiDiraja #PDRM #najibrazak #Johor #PRNMelaka16 #melakahariini #melakatv