@melakatv: AZMAN MAHU TELITI PELAN PEMBANGUNAN PANTAI SIRING 7 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah berhasrat meneruskan perancangan pembangunan yang telah dirangka wakil rakyat terdahulu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Menurutnya, pembangunan Pantai Siring antara perkara yang mahu diberikan perhatian termasuk meneliti pelan infrastruktur kawasan berkenaan. Beliau turut menyentuh proses pengambilan tanah dan pembayaran kepada pemilik tanah yang dilaksanakan sebelum ini sebagai sebahagian daripada persediaan pembangunan. 🎥 Faiz Hasan #Serkam #AzmanAbdullah #PantaiSiring #PembangunanMelaka #PRNMelaka16 #melakahariini #melakatv