@berita.ks: ALOR GAJAH, 7 Nov – Khairy Jamaluddin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengambil cuti serta-merta sementara siasatan polis berhubung laporan terhadap beliau berkaitan isu pelaksanaan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijalankan. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan proses siasatan berlangsung secara telus dan berintegriti memandangkan Peguam Negara kini merupakan individu yang disiasat. Menurutnya, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Peguam Negara, termasuk oleh Pemuda UMNO Malaysia, susulan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib. “Prosesnya sekarang adalah Peguam Negara mesti mengambil cuti. Beliau sekarang ini adalah the ‘subject of investigation’. Bila laporan polis dibuat, siasatan mesti dijalankan,” katanya. Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong serta menghormati hak perlembagaan Seri Paduka Baginda melalui Lembaga Pengampunan untuk memberikan pengampunan. Katanya, Peguam Negara sendiri merupakan anggota Lembaga Pengampunan dan mempersoalkan mengapa perkara yang kini dibangkitkan dalam kenyataan AGC tidak dibangkitkan ketika mesyuarat lembaga berkenaan sebelum keputusan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib. Beliau turut mempersoalkan kelewatan kenyataan AGC yang hanya dikeluarkan selepas bayaran RM50 juta, yang ditetapkan sebagai syarat pengampunan, diselesaikan. “Tempoh antara keputusan itu dengan kenyataan daripada Peguam Negara semalam adalah agak lama, berminggu-minggu. “Ia hanya dibuat apabila duit yang diminta atau syarat yang ditetapkan RM50 juta dah ditunaikan atau dah diselesaikan. Tiba-tiba pula dikeluarkan kenyataan (penangguhan),” katanya. Khairy berkata isu berkenaan bukan perkara kecil kerana telah mencetuskan reaksi serius daripada Istana Negara selain membawa kepada beberapa laporan polis. Justeru, beliau berpendapat Peguam Negara perlu mengambil cuti serta-merta sehingga siasatan selesai bagi memastikan prinsip ketelusan dan integriti terus dipelihara. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 07 November 2026 11:26:15 GMT
552120
22430
1620
2147

Music

Download

Comments

man.4141
man :
pecat peguam Negara menderhaka titah YDPA
2026-11-07 12:45:31
857
aa112678900
🍏 apple ♍ :
AGONG BOLEH PECAT AGC TAnPA nasihat PM kerana - 145(5) pecat ' AG hendaklah memegang jawatan SELAMA DIPERKENAN OLEH AGONG' kemudian dengan kenyataan AGONG ini.. AGC Boleh didakwaa atas Seksyen 166, 167 217 sembunyikan titah agong Dan ingkar kuasa mutlak Agong, Dan seksyen 23 sprm Salah guna kuasa atas tangguh titah agong yg disahkan boleh dikenankan kepada peguam negara.dab siasat AG siapa disebalik tindakkan AG.
2026-11-07 11:38:24
543
abangbeca2768
abg beca :
pecat saja peguam negara ni
2026-11-07 11:39:20
1026
zukimajid3
zukimajid :
Tak payah pecat peguam negara...benam kan PH DAP ja PRU 16 nanti
2026-11-07 13:23:55
296
jatt.gumuk
JATT CIKGU OMAQ :
Pahang, Perak....bubar DUN..bg kami ajar....benamkan PH....tak kan nk tgu lg
2026-11-07 12:07:08
1292
nazri0720
nazri :
memeng cilaka kerajaan madani ni..
2026-11-07 14:25:23
307
mr.azlanlan
Azlanlan🇲🇾 :
goyang PH
2026-11-07 12:25:47
204
dexterfrancis8
blackout69 :
i am still trying to digest how one person rasuah billions can get pardon from the king...?? i cant stand to see najib walking freely... from 12 years to 6 years and now home arrests... if like that... anyone can get this treatment
2026-11-09 02:29:23
0
amerrasofia
amerra :
perompak duit rakyat d sanjungi
2026-11-08 03:00:52
24
jiwa.sentimental5
BROTHER ALI :
BUKAN SAJA INGKAR MALAHAN DERHAKA PADA RAJA
2026-11-07 12:18:27
245
zulkiflinasution10
Zulkifli Nasution :
AG patut di pecat....derhaka
2026-11-07 12:14:34
59
panahpetir30
Panahpetir⚡⚡⚡ :
Letak jawatan terus lebih baik kot...
2026-11-07 12:05:19
67
haizal.aziz
HAIZAL Aziz :
peguam negara perlu dilucutkan jawatan kerna ketepikan KESETIAAN KEPADA RAJA N NEGARA DAN SIASAT SIAPA YG MENGARAHKAN NYA ?
2026-11-07 13:06:44
58
terenz027
Terenz :
looks like the ag has no power
2026-11-08 16:04:52
0
deen.udin
Deen Udin :
pecat sekali menteri KDN
2026-11-07 12:10:22
153
azlinamohdaris
azlinaris :
Terbaik KJ
2026-11-07 11:57:54
103
mohdisa612
MohdIsaKamisan_ :
Letak jawatan jer lg baik lah..kucar kacirkan rakyat jer
2026-11-07 12:14:05
110
daellary
Dael :
50 juta byr denda...kami rakyat biasa rm50 pun payah nak dpt...come on la...
2026-11-07 22:46:10
7
ahmadyusri_73
Ahmad Yusri ( Yie ) :
Syabas sangat2 yg buat laporan. Agong adalah ketua negara juga ketua agama. Titah Agong adalah Prinsip kedua Rukunegara. Derhaka tidak boleh bermastautin dinegara Malaysia.
2026-11-07 15:52:31
34
norazman465
man82 :
pmx PM Malaysia paling di sayangi rakyat Malaysia..
2026-11-07 14:13:21
65
rafiah.mohamed54
Rafiah.Mohamed :
Mantap KJ
2026-11-07 14:51:48
5
jojo.jiji150
jojojiji641 :
pecat sekali pmx, agong ada kuasa
2026-11-07 13:56:51
22
tuanmudamegatalhaj12
🌴🌾🪴 T.M.MEGAT AL- HAJ🌴🌾 :
#PDRM siasat AG .
2026-11-07 16:06:15
5
takormas
takormas :
kerajaan sekarang berani derhaka terhadap sultan..
2026-11-08 01:21:49
21
rockheadtwo
Ricardo Montana :
hidup perasuah
2026-11-07 11:33:04
95
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About