@501awani: Imej satelit mengesahkan kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura, pada Sabtu (7 November). Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear kelas Nimitz itu dijangka menuju ke Timur Tengah selepas ini bagi menggantikan Carrier Strike Group USS George Washington. Beroperasi sebagai Carrier Strike Group 9, penugasan itu merangkumi kapal pengangkut pesawat berkenaan bersama sayap udara Carrier Air Wing 11, kapal penjelajah USS Chosin serta dua kapal pemusnah, USS Paul Hamilton dan USS Decatur. #AWANInews