@datukwirajohanabdaziz: 7 November 2026 | Tanjung Bidara, Melaka Alhamdulillah, berkesempatan menyantuni Persatuan Anak-Anak Melaka dan Keluarga di Perantauan dalam Program Memasak Dodol Cair & Minum Petang bersama masyarakat PDM Kampung Pulau. Program ini turut menjadi ruang untuk memperkenalkan jentera Barisan Nasional dari Negeri Selangor yang telah berkampung di Melaka bagi membantu gerak kerja kempen sempena PRN Negeri Melaka khususnya di N.02 Tanjung Bidara ini. Semoga kehadiran sahabat-sahabat dari Selangor khususnya jentera UMNO Bahagian Hulu Langat dapat menyuntik kekuatan kepada seluruh jentera dalam memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar; insya Allah. YB Johan Abd Aziz Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Timbalan Pengerusi BPUN Selangor #PRNMelaka #KitaGengBiru #BarisanNasional #fyp #viral