@muslimcare_malaysia: 100 TAHUN USIA, SENYUMAN YANG MASIH MENGHIASI WAJAH Di sebalik usia yang telah mencecah satu abad, Indasikla Marjaba, 100 tahun, masih mampu berbual dan mengukir senyuman ceria ketika menerima kunjungan serta sedikit saguhati daripada wakil Muslim Care Malaysia (MCM) di kediamannya di Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah pada 6 November 2026. Ziarah kasih ini dilaksanakan sejurus selesai majlis ringkas agihan pek makanan kepada 30 keluarga asnaf di kampung yang sama. Setiap keluarga menerima pek makanan bernilai RM80 yang mengandungi barangan keperluan asas termasuk beras seberat 10 kilogram, makanan kering, gula, sardin, susu dan pelbagai keperluan lain. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar, Ahli Lembaga Pengarah MCM, Haji Arman Mustapa serta Heroes MCM, Noorazian Ghazali. Sesungguhnya, nilai sebuah bantuan bukan sekadar pada jumlah yang disampaikan, tetapi pada keprihatinan, kasih sayang dan ingatan yang mampu menghadirkan senyuman buat mereka yang memerlukan. Agihan pek makanan dan ziarah kasih ini merupakan sebahagian daripada pengisian Misi Kasih Asnaf Muslim Care Malaysia di Sandakan dan Tawau, Sabah yang berlangsung dari 6 hingga 9 November 2026. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan. Tepat Pada Sasarannya, Tepat Pada Waktunya. Ingat Sedekah Jariah. Ingat Muslim Care Malaysia. #MuslimCareMalaysia #MisiKasihAsnaf #BantuanKemanusiaanMerentasiSempadan

MUSLIMCARE. MALAYSIA
MUSLIMCARE. MALAYSIA
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 08 November 2026 06:08:55 GMT
334
17
2
1

Music

Download

Comments

salaouzimari
Aboudou :
may allah reword you brother.we need your support in Togo inshallah
2026-11-08 07:20:01
0
rositaghazali301
rositaghazali301 :
Alhamdulillah.semoga dipermuadahkan urusan.
2026-11-08 06:33:09
0
To see more videos from user @muslimcare_malaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About