@melakatv: PRN MELAKA: JANJI JASMINE BUAT RAKYAT BANDA HILIR 8 November - Penyediaan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan warga emas mendapatkan rawatan kesihatan dan mengembangkan peluang untuk ekonomi orang antara agenda calon Barisan Nasional (BN) bagi N.22 Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir, Jasmine Lok, sekiranya diberi mandat oleh penduduk kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Calon BN nombor satu itu berkata, perkhidmatan van kesihatan dikenali sebagai ‘Jasmine Care Van’ dirancang bagi membantu warga emas yang tinggal bersendirian dan berdepan kesukaran mendapatkan pengangkutan untuk ke hospital atau klinik kesihatan. #Jasmine #BN #BandarHilir #MHI #MelakaHariIni #MelakaTV