@theasianparentmalaysia: Satu kejadian cemas berlaku apabila seorang kanak-kanak tiba-tiba berlari melintas jalan dan dirempuh sebuah motosikal. Waktu kejadian, adik ini dilihat bermain di tepi jalan tanpa pantauan ibu bapa. Penunggang motor terbabit tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Alhamdulillah, abang motor tersebut terus berhenti untuk memeriksa keadaan mangsa, dan syukur kanak-kanak ini dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Peringatan keras untuk semua ibu bapa, tolong pantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya berhampiran jalan raya. Malang tidak berbau, silap sikit nyawa boleh melayang. Kesian pada anak, kesian juga pada penunggang motor yang tak bersalah. #PeringatanIbuBapa #KeselamatanKanakKanak #BeritaSemasa #theAsianparentMY