@mknpulaupinang: GEORGETOWN, 8 November 2026 – Penduduk di sekitar Pulau Pinang dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang menjangkakan kejadian hujan dan ribut petir melanda negeri ini bermula hari ini hingga 10 November 2026. Berdasarkan laporan ramalan cuaca terkini yang dikeluarkan, corak cuaca bagi tempoh tiga hari tersebut menunjukkan trend hujan yang agak kerap, terutamanya pada sebelah petang dan malam: * 8 November (Ahad): Cuaca dijangka bermula dengan hujan di beberapa tempat pada sebelah pagi. Walau bagaimanapun, ribut petir diramal melanda di kebanyakan kawasan pada sebelah petang, diikuti dengan hujan di kebanyakan tempat pada waktu malam. * 9 November (Isnin): Keadaan cuaca dijangka lebih lembap dengan hujan di kebanyakan tempat pada sebelah pagi. Ribut petir dijangka berlaku secara menyeluruh ke seluruh negeri pada waktu petang, berlanjutan dengan hujan di kebanyakan tempat pada waktu malam. * 10 November (Selasa): Hujan diramal berlaku di beberapa kawasan pantai pada waktu pagi. Menjelang petang dan malam, cuaca dijangka sedikit reda namun ribut petir dan hujan masih diramal berlaku di beberapa tempat. Meskipun cuaca dijangka lembap, pihak MET Malaysia memaklumkan bahawa tiada Amaran Hujan Berterusan tahap Waspada dikeluarkan untuk negeri Pulau Pinang setakat ini. Amaran tersebut ketika ini hanya tertumpu di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, dan Sabah. Susulan daripada ramalan ini, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang menasihatkan orang awam agar sentiasa peka dengan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir kilat diseru supaya mengelakkan daripada melalui laluan berisiko semasa ribut petir melanda. Orang ramai yang memerlukan sebarang bantuan kecemasan atau pemindahan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. Pihak JBPM Pulau Pinang kini berada dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ini bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda awam terjamin. Sumbet: Bahagian Operasi JPBM Pulau Pinang

MKN Pulau Pinang
MKN Pulau Pinang
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 08 November 2026 10:26:59 GMT
14722
238
1
245

Music

Download

Comments

ezzy_esport
ABG ZUL KETEGAQ BAQ HANG, :
😇😇😇
2026-11-08 23:14:51
0
To see more videos from user @mknpulaupinang, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About