@.infoviral: 🚨 BANJIR KILAT DI SEMENYIH! Keadaan terkini di Jalan Menghala ke Pekan Semenyih dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat. Menerusi rakaman yang tular di media sosial, beberapa laluan jalan raya dilihat mula ditenggelami air sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memperlahankan kenderaan, berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan dan mengelakkan laluan yang dinaiki air. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko meredah banjir demi keselamatan diri. 📹 Kredit: Media Sosial #FYP #BanjirKilat #Semenyih #InfoSemasa #BeritaTerkini