@mediaselangor: Kerajaan Negeri akan memastikan semua pembangunan projek infrastruktur selepas ini mengambil kira perubahan iklim bagi meningkatkan keberkesanan sistem saliran dan mengurangkan risiko kejadian banjir di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri @Amirudin Shari berkata pendekatan itu penting bagi memastikan kemudahan infrastruktur seperti sistem perparitan mampu berfungsi dengan baik dalam pelbagai keadaan cuaca, termasuk ketika musim kemarau dan tengkujuh. #MediaSelangor #ProjekInfrastruktur #PerubahanIklim #RisikoBanjir