@melakatv: GABUNGAN MUAFAKAT MELAKA DIPERLUAS KE AKAR UMBI 10 November - Calon Nombor 1 N.10 Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan berkata, Muafakat Melaka bukan sekadar kerjasama politik, sebaliknya dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi. Menurutnya, gerakan ceramah Gelombang Biru menjadi antara usaha untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa penyatuan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar dilaksanakan di negeri Melaka. Beliau berkata, semangat kerjasama itu turut disambut oleh jentera di peringkat akar umbi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penyatuan kedua-dua parti. 🎥 Hasbullah Azhar #muafakatmelaka #PRN #BN #PN #MelakaTV