@rozmalmalakan: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memiliki nombor ekor haram dalam telefon bimbitnya pada 31 Oktober lalu. Tertuduh, Mohd Shah Nizan Mat Hussin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Athirah Hashim. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki angka loteri awam tidak sah dalam telefon bimbitnya di sebuah pondok di tepi jalan di Kampung Bukit Diman, Ajil, jam 5.30 petang, 31 Oktober lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menghalang seorang anggota polis yang menjalankan tugas rasmi dengan menumbuk dada anggota berkenaan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi dan waktu sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Disiarkan pada: November 9, 2026 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/11/1434088/lelaki-dipenjara-tiga-bulan-bersalah-miliki-nombor-ekor-haram-dalam-telefon
Rozmal bin Malakan
Region: MY
Tuesday 10 November 2026 00:57:15 GMT
Music
Download
Comments
OREY THALA RAAVANAN :
taukey taukey Judi Haram masih di jaga... 👍👍👍
2026-11-10 05:12:12
67
Moza :
xpe.....bole mohon tahanan rumah je...
2026-11-10 04:33:16
29
¥|€,utara :
yg jual haram di lindung..yg beli kena🤣🤣🤣
2026-11-10 06:00:32
25
Zul Zilong :
macam mna boleh jatuh hukum.... kedai nombor bersepah tu tiada plak yg Kne tangkap
2026-11-10 03:30:38
22
qprise :
Mcm mana polis tangkap yg beli.. Yg jual kena jugak ka..
2026-11-10 06:18:41
4
Azmi Azmi :
tangkap yg jual tu.........asal jerung besar di biarkan......
2026-11-10 05:18:06
15
Mohd NASIR Mohd NASIR :
yg jual lepas mcm tu je.. yg beli kena 😂😂😂😂x jual x ada yg beli nya
2026-11-10 05:11:52
17
amirtongkang :
Yang bli lebih bersalah dari menjual kot 😂😂
2026-11-10 06:25:53
2
sodom :
ada ke judi halal
2026-11-10 07:27:16
1
hafiznorizanharun :
kedai judi bersepah...pergi la tangkap kalau ada telor...pihak berkuasa dah kenyang
2026-11-10 06:28:41
7
John D. Sara :
itu yg senang kerja PDRM
2026-11-10 05:05:03
2
MEGAT EXTREME :
ini mmg lawak tokey2 selamat[Tears of joy][Tears of joy]
kuman diseberang nmpak gajah depan mata tk nmpak 🤣🤣🤣
2026-11-10 06:07:42
5
tengkuman745 :
gile kedai jual no ekor boleh plak
2026-11-10 06:09:19
0
Mr.K :
kedai no ekor haram tu jelas . nampak ...nmpk buat tak nmpk pulak.
2026-11-10 06:17:28
1
Kir :
Bilis ditangkap,jerung bila tangkap?
2026-11-10 06:38:37
2
zieman zieman :
aturan dunia,yg riba djadikan lurus,inda ada lurusnya ddlm dunia melainkan akhirat
2026-11-10 06:30:48
0
Azmidarani67 :
kalau boleh tangkap tauke besar tu yang juai no ekor haram
2026-11-10 05:20:24
3
M.shafiq :
kesian la polis pun. macam tu pun nak tangkap.. 🤣🤣🤣🤣 kes lain banyak lagi.. tak mau nak kalot.. hampeh betoi la
2026-11-10 04:51:44
6
@natumaran008 :
Yang jual ok ke?
2026-11-10 05:01:06
2
punjab singh :
kebanyakkan rm 5000 denda bayar terus😁
2026-11-10 05:32:05
2
ahmadogk v kkrolvodo tak o eiz :
yg beli nbr dlm talian KO tahan yg kedai judi haram bersepah bukak tak plk ko tutup byk sgt MKN duit rasuah MCM ni la
2026-11-10 05:43:55
2
Abg Long :
ni ekor dlm Hp di jatuhkan hukuman,habis yg kedai ni ekor haram bersepah di mana2 tempat apa polis buat.dtg cuma ambil duit aja.
2026-11-10 07:31:10
1
tham tam@ :
2026-11-10 05:24:08
1
azrilsyah :
tiada tauke judi maka tiada la penjudi jdi tangkap tauke baru tiada penjudi budak darja pun dpt fikir ini benda
2026-11-10 08:50:19
0
unknown :
ini lawbaru jalankan serentak😂
2026-11-10 04:41:26
0
To see more videos from user @rozmalmalakan, please go to the Tikwm
homepage.