@melakatv: PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL 10 November – Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, hari ini. Jumlah itu membabitkan seramai 7,868 anggota tentera dan 1,901 pasangan yang layak mengundi, sekali gus memperlihatkan penyertaan warga pertahanan negara dalam proses demokrasi bagi menentukan wakil rakyat di negeri ini. 🎥 Zaidi Yaacob #pilihanrayamelaka #pilihanraya #undiawal #mhi #melaka #melakahariini #melakatv