@boyztot95: Pusat jagaan warga emas yang terletak di Kulai Johor menurut buah mulut cerita setempat mengatakan lokasi ini dahulunya menempatkan lebih kurang 200 warga emas yang menghuni pusat jagaan ini, namun ditutup operasinya kerana bertukar pengurusan ke negeri lain sehingga bangunan ini terbengkalai ditutup sekitar tahun 2019. ada yang mengatakan dahulunya tapak bangunan ini merupakan tapak pekuburan tentera jepun dan terdapat cerita misteri mengaitkan sejarah bangunan ini. sosok seperti hantu cina sering terlihat berlegar-legar di kawasan bangunan tersebut. ini menarik minat para aktiviti mistik untuk merungkai pusat jagaan warga emas ini. jadi sekali lagi saya akan membawa anda secara langsung pada malam ini.#totfamily #totboyz #livefest2026