@melakatv: CALON MUDA BUKAN PESAING, NAMUN KEMATANGAN PENTING – AB RAUF 10 November - Penyertaan calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan dianggap sebagai satu persaingan yang negatif namun ia merupakan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam arena politik. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata kematangan, pengalaman dan keupayaan memahami keperluan masyarakat pelbagai peringkat umur merupakan antara aspek penting dalam memilih wakil rakyat. Beliau turut mengingatkan bahawa keputusan pemilihan wakil rakyat memberi kesan kepada masa depan masyarakat dan generasi akan datang. 🎥 Faiz Hasan #PRNMelaka16 #DUNKualaLinggi #AbRaufYusoh #CalonMuda #KematanganPolitik #WakilRakyat #GenerasiMuda #BarisanNasional #melakahariini #melakatv