@nur_shuhadah05: Bayangkan tiba-tiba dapat panggilan. Suami, anak, adik atau abang ditangkap Polis dan akan dibawa ke Mahkamah untuk reman. Mesti panik kan? Tak tahu nak buat apa. Nak jumpa siapa. Nak telefon siapa. Sebagai Peguam, saya nak kongsikan 10 perkara penting yang keluarga kena tahu. 1. JANGAN PANIK Ditangkap Polis bukan bermaksud dia dah bersalah. Polis masih menjalankan siasatan. Jangan terus menghukum ahli keluarga sendiri. 2. TAHU DIA DITAHAN DI MANA. Balai Polis mana? IPD mana? Siapa Pegawai Penyiasat (IO)? Simpan nombor telefon IO supaya mudah berurusan. 3. TANYA KES APA Disiasat bawah seksyen apa? Kes dadah? Curi? Penipuan? Jenayah seksual? Penting untuk tahu supaya keluarga boleh ambil tindakan yang sesuai. 4. HUBUNGI PEGUAM. Jangan tunggu sampai kena tuduh baru nak cari Peguam. Semasa reman pun Peguam boleh hadir dan membantah remand atau membuat rayuan untuk pengurangan remand kepada Majistret. 5. POLIS TAK BOLEH REMAN SESUKA HATI. Secara umum, jika nak tahan lebih 24 jam, Polis perlu dapatkan perintah reman daripada Majistret. Polis tak boleh tahan tanpa Perintah remand. Kalau tak ia alan menjadi Penahanan salah. 6. REMAN BUKAN HUKUMAN Ramai salah faham. Bila dengar reman 4 hari, terus ingat dah masuk penjara sebab bersalah. Tidak! Reman hanya untuk tujuan siasatan. Belum ada sabitan kesalahan. 7. ADA PENYAKIT? BAGITAHU SEGERA. Kalau tahanan ada sakit kronik, perlukan ubat atau mengalami kecederaan, maklumkan kepada IO dan Peguam. Kesihatan tahanan jangan diabaikan. 8. JANGAN MUDAH PERCAYA ORANG TENGAH. Kalau ada orang telefon minta RM5,000 kononnya boleh ‘settle’ dengan Polis, jangan bayar. Ia adalah rasuah dan kes tak akan selesai dengan mudah. Ia selesai sementara sahaja. Lebih bahaya duit keluar, tetapi ahli keluarga masih ditahan. 9. SEDIAKAN DOKUMEN PENTING. Kad pengenalan, bukti pekerjaan, alamat rumah dan rekod kesihatan jika berkaitan. Semua ini mungkin membantu Peguam semasa prosiding reman atau urusan jaminan. 10. TAHU APA JADI SELEPAS REMAN. Bila reman tamat, tak semestinya terus kena tuduh. Polis mungkin terpaksa lepaskan dengan jamin Polis jika tempoh remand dah selesai tapi tiada arahan tuduh oleh Pendakwaan. AKHIR SEKALI, PESANAN SAYA.. Jangan terus buang ahli keluarga hanya kerana dia ditangkap Polis. Hari ini mungkin keluarga orang lain. Esok lusa kita tak tahu ujian apa yang menimpa keluarga sendiri. Ditangkap bukan bermaksud pasti bersalah. Ia hanya suatu proses siasatan dahulu dan semua orang berhak untuk membela diri. Boleh jadi dia hanya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. “A man is innocent untill proven guilty.” #creatorsearchinsights #tiktokcreatorvideosandseries #peguam #mahkamah #remand
Lawyer Nur Shuhadah
Region: MY
Tuesday 10 November 2026 13:03:47 GMT
Music
Download
Comments
sayaje232 :
Bagus peguam skrg ni bg pencerahan
2026-11-11 04:34:28
243
mzaki695 :
masalahnya dah tangkap tak maklum pada ahli keluarga..dah sakit baru maklum..
2026-11-10 22:09:01
90
❕❕Aidan Rizky Haikal Nuqman ‼️ :
sy pernah kena dlu.... polis nk cari org lain sy pulak diambilnya.. polis tuduh motosikal sy pakai brg curi.... lepas tunjuk resit beli barng semua,lepas 5hari kes selesai..tpi masalahnya dlm 5haritu duk lokap tidur atas lantai simen sejuk x berbaju berperang dgn nyamuk mandi bogel nk berak pun org duk tgk.. mkanan pun mcm sampah depa bg kita mkn... nk mntak sejadah nk solat pun depa tanya kita, masa kt luar ade solat ke?.... seolah olah kita ni betul2 bersalah... x bersalah,di reman pun dah seksa rasanya...
2026-11-21 14:24:29
15
tokwan :
bagaimna org susah tk ada wang nk ambil peguam
2026-11-11 01:30:01
36
Bebas :
Call io pon tak angkat panggilan.. Wsap x balas..
2026-11-12 11:52:55
12
usrafi5 :
walaupun reman je, reman 4 hari, hari ke 5 pergi tempat kerja, HR suruh balik (kena pecat) sekali pun tak bersalah.
2026-11-12 01:08:24
12
D-D :
terbaik lah peguam
2026-11-11 11:20:02
31
abdlafiff :
tangkap malam pagi naik mahkamah nak cari peguam cammana
2026-11-11 07:59:13
14
ayiemjamal :
Alhamdulillah Kesedaran peguam utk membantu rakyat marhaen Terima kaseh diatas info Jd panduan Dan dpt dimenafaatkan olih kami semua
2026-11-11 11:16:28
29
Tok Ketua Rajawali :
nobo 8.ada anggota mai tangkap adik aku, semasa adik aku naik van.ada la 3-4 orgasih duk.kat pagar rumah aku, seorg dari mereka ofer aku, kalau nk settle cepat kna byr 1k, aku Tye balik bilik knp kna byr n mintak buatan dgn aku, walaupun aku abg dia tp aku x campur urusan adik aku ni,. beberapa hari dlm lokup. sehari sebelu masuk mkmah org sama telipon mintak buatan krn esk adik aku dh masuk.mhmah, aku tetap x byar spt yg diminta, esoknya adik aku okje bebas dah balik umah..
2026-11-11 09:03:40
7
azmanmuhammad407 :
Saya pernah kene tangkap,, walau sudah tes yurin tak sangkut,, tetap dibawa kebalai,, kemudian pegawai narkotik tersebut keluarkan 3 ketulan dari stor, kemudian pagi nye saya dibawa ke mahkamah dlm pukul 10, pihak polis menyatakan menemui 3 kilo daun ketong di tempat tinggal,, saya menafikanye, malah berkata polis tu baru ambil dari stor pagi tadi,, tapi mahkamah tidak melayan kami,, polis juga tidak benarkan saya bersuara, mahkamah terus jatuh hukum je, saya minta peguam kerajaan yg ada patut disiasat
2026-11-20 06:38:10
11
maran7472 :
Bge saya klu kes dadah ni tk payah jamin biarkn dia kena tahan but abis kn duit je.. Kasar kn bahasa saya ni sebab saya rasa bila dia dijamin dia tk akn berubah pon... Klu berubah pon utk 2 3 hri je jumpa kwn dia akn but lge benda dh biasa dng dia mn pergi pon dia ble cari sendiri... Maaf klu ada yg terasa..
2026-11-12 00:35:20
9
MOHD HAZ :
masalah nya 4hri kalau dok dlam bilik elok bleh solat ok... ni x letak dlm lokap.. sdang kan x brsalah pon lpas 4hri lepas camtu je.. adik sy dulu kena cam tu la... ksian dgn x mndi... entah lah.. zolim nya dunia
2026-11-18 06:05:34
4
SitiRobi_ :
anak saya ditangkap Sudha sebulan tapi takdpt nakjamin katanya Tunggu keputusan kimia bagai mana sayanak buat
2026-11-10 20:57:18
12
k :
Bila jadi begini kasihan mak ayah pinjam duit,kluarkan duit di bank tabung haji atau gadai barang mas nk jamin atau byr denda nk bg dkt krajaan utk kluarkan anak yg tersayang adakah anak syg dkt kita renungkan lah sapa yg di beri ujian begini
2026-11-10 21:01:56
10
. :
lebih baik jgn buat salah kecuali dianiaya
2026-11-10 23:59:14
6
𝑍𝐴𝐼𝑁𝐼 :
dlu arwah abg sy kna tgkap dgn polis dan di htr ke pnjara,ble dh msuk di pnjara arwah abg sy 3hr mgadu ssak nafas dn d bgtau pd peg pnjara tpi peg pnjara abaikan shinga abg sy tdk sedarkan dr dlm sel penjara brulh pihak pnjara bwa abg sy ke hospital,Smpai di Hsptl abg sy xdpt di slmtkn. pihak pnjara abaikan kshtn apa yg di alami oleh arwah abg sy
2026-11-11 01:57:10
11
Thal61 :
Alhamdulillah
perkongsian info yg sangat bagus.
Semuga Cik sentiasa dlm lindungan Allah d beri kesihatan d permudahkan segala urusan bahagia d dunia serta mendpt keberuntungan d akhirat kelak 🫰🎁
2026-11-18 06:01:39
2
Nizam70 :
Salam
2026-11-17 04:15:17
1
kenshine :
bila dh kena tangkap dan reman comfirm rekod akan sampai ke mati walaupun dibebaskan tanpa syarat oleh mahkamah kan
2026-11-17 03:06:33
1
@Norfikri94 :
macam mana kalau tiada duit nak guna peguam
2026-11-11 02:57:33
3
Man J Man :
kalau kes mcm gaduh boleh ke ambil peguam percuma.
2026-11-17 03:55:53
2
@zai :
sekarang baru saya faham io tak boleh sesuka hati mintak duit untuk bayar duit jaminan mungkin ramai yg tak tahu pekara ni
2026-11-12 04:01:18
4
linda ida :
nak.juger.tahuok.macam.maner.nak.buvat.kieyternyer.pentieng.tuor.kerkadang.kieyter.pun.takder.duviet.nak.bayar.dender.persalah.atauy.tak.salahh.tertieyber.kerner.riemm
2026-11-11 03:12:11
0
PAPAZOLA :
tq sis good sharing
2026-11-17 03:06:28
2
To see more videos from user @nur_shuhadah05, please go to the Tikwm
homepage.