@mediaselangor: Sembilan kawasan di Kuala Selangor menjadi tumpuan langkah mitigasi banjir menerusi kerja penyelenggaraan saliran, pengoperasian pam dan pembaikan kolam takungan, selain perancangan projek tebatan jangka panjang. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memaklumkan daerah itu merekodkan jumlah lokasi terjejas paling banyak, iaitu sembilan daripada keseluruhan 15 kawasan di empat daerah susulan hujan sangat lebat pada 5 hingga 7 November lalu. 🌐 Klik pautan di bio untuk berita penuh #MediaSelangor #MitigasiBanjir #JPS