@newswav: Pengorbanan seorang bapa meredah air banjir sambil mendukung anaknya di bahu demi memastikan kanak-kanak itu dapat ke sekolah mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial. Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Melayu Subang, Selangor yang sekali lagi dilanda banjir susulan hujan lebat, pagi tadi (Nov 11). Menerusi rakaman video tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki memakai topi keledar berwarna kuning mendukung seorang kanak-kanak berpakaian sekolah sambil meredah air banjir yang mencecah paras lututnya. Lelaki berkenaan turut dilihat membawa sebuah beg berwarna merah ketika berjalan perlahan-lahan mengharungi air keruh di kawasan perumahan yang dinaiki banjir. Rakaman itu turut memperlihatkan beberapa rumah ditenggelami air sehingga memenuhi kawasan halaman dan anjung kediaman. Video berkenaan dikongsikan pengguna media sosial yang memaklumkan kanak-kanak tersebut merupakan muridnya dan bersyukur kerana berjaya tiba di sekolah dengan selamat. Berdasarkan maklumat Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang turut melepasi tahap bahaya apabila merekodkan bacaan 18.11 meter berbanding paras bahaya 17.4 meter setakat pukul 9 pagi tadi. #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia #tiktok #viral #fyp

Newswav
Newswav
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 11 November 2026 08:38:04 GMT
4555
133
9
13

Music

Download

Comments

shaa_99836
shaa_? :
sekolah bukak ke?
2026-11-11 14:47:17
0
ibnihazim
Fa'ezin Ibnu Hazim🇲🇾🫶🇵🇸 :
Bapak² tak bercerita.... Tapi demi keluarga....Apa pun yg ada kat jasad seorang bapak jadi taruhan..walaupun nyawa
2026-11-11 13:28:46
0
.silenthustle0
🎭𝔄𝔷𝔦𝔪👑 :
bapak dia rela hantar anak dia pergi sekolah
2026-11-11 09:29:50
1
ibuadam4
ibuadam :
kita hujan lebat sgt dh takut nak kluar anta anak pi sekolah...😄
2026-11-11 08:45:50
0
kedoktorankejururawatan
melati citraniyata 𝐁𝐀𝐋𝐈 :
amen
2026-11-11 08:49:24
0
azieeyd
Azieaty :
banjir pun sekolah lagi ke??
2026-11-11 08:43:14
2
f_l8h
Flh :
banjir un skolah ke🥀
2026-11-11 08:44:32
0
zali.bai7
Zali Bai :
[Heartwarming][Heartwarming][Heartwarming]
2026-11-11 09:00:11
0
balan0435
Balan :
🤲👌💪
2026-11-11 09:06:55
0
To see more videos from user @newswav, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About