@_diylajazz: FITNAH YANG SANGAT BERAT TERHADAP DIRI DIYLA‼️ Selama ini Diyla memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu melayan perkara-perkara remeh dan tidak mahu membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Namun, apabila perkara ini sudah melibatkan fitnah yang serius sehingga mengganggu emosi serta mencemarkan nama baik Diyla, tindakan sewajarnya perlu diambil. Diyla tidak akan berdiam diri apabila maruah dan reputasi diri dipermainkan. Segala tindakan akan diserahkan kepada saluran undang-undang yang betul. Dalam kesempatan ini, Diyla ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengambil serius laporan yang telah dibuat serta memberikan perhatian dan nasihat yang sewajarnya. Diyla amat menghargai profesionalisme dan kerjasama pihak polis. Diyla percaya, kebenaran tidak perlu dilaungkan dengan emosi. Biarlah fakta dan undang-undang yang menentukan segalanya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan. ❤️ #diylajazz #esekeli #fyppage #abcxyz #fyp