Ishii🍉 :
Saya kan sebelum habis diploma, saya fikir saya guaranteed dapat kerja lps habis diploma sbb cgpa saya maintain cantik. Habis diploma, ditolak / ghosting dgn syarikat ii yg saya apply. Menganggur saya, ahahaha almost a year saya menganggur. Saya developed inferiority complex, tak boleh dgr org cakap pasal kerja atau tgk org dapat lebih dari saya. Saya rasa tercabar, malu & banyak lg perasaan yg dpt dlm satu masa. malu dgn mak, ayah, adik & kakak. masuk 2026 ni, saya turunkan ego. Apply kerja sbg Security guard. Alhamdulillah dapat walaupun yg Interview tu tnya kenapa nk kerja ni sdgkan ada diploma hahaha. Sekarang saya tgh kumpul duit utk sambung degree, doakan saya semua. Diploma tu dah ok, cuma kalini saya nak masuk course yg berbeza sikit sebab saya mmg dh fikir masak ii. Bang, kita tkpe klu jatuh bang. Bangkit lg, saya jatuh tersungkur teruk gila tahun lps. Menangis saya dlm sujud. N saya mula semula, tapi kli ni dengan tuhan. Inshaallah, sesungguhnya dia sahaja yang boleh tolong kita disaat orang lain mengalihkan pandangan terhadap kita.
2026-11-11 12:21:59