@sabahvox: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berdepan persoalan berhubung proses pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan di rumah. Persoalannya, sejauh mana penglibatan kerajaan dalam proses tersebut? Menurut laporan, Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 18 September 2026. Lawyers for Liberty turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat melalui proses tersebut. Rakyat berhak bertanya: - Siapa yang terlibat dalam proses pengampunan tersebut? - Apakah peranan wakil kerajaan dalam Lembaga Pengampunan? - Mengapa pelaksanaan tahanan rumah Najib kemudiannya menjadi pertikaian? Ini bukan sekadar isu Najib. Ini soal ketelusan, akauntabiliti kerajaan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Apa pandangan anda? Adakah PMX perlu memberikan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat? #SabahVox #AnwarIbrahim #NajibRazak #PengampunanNajib #politikmalaysia @anwaribrahimofficial
Bayangkan kalau semua pemimpin2 kita yang ada Kes Rasuah di Malaysia diberi pengampunan dan dibenarkan dilantik memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Malaysia. Kira2 apa lagi yang mereka akan lakukan nanti.
2026-11-11 12:38:59
0
To see more videos from user @sabahvox, please go to the Tikwm
homepage.