@mydinmalaysia: Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, MYDIN berpeluang menyantuni 15 buah rumah kebajikan di beberapa lokasi seluruh negara. Antaranya, Persatuan Rumah Warga Emas Klang yang dikunjungi bersama wakil Raaga FM, Minnal FM dan Makkal Osai. Menerusi program ini, MYDIN menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas hasil sumbangan orang ramai serta baucar tunai MYDIN berjumlah RM4,000 bagi setiap rumah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan kepada penerima dalam menyambut Deepavali. #MYDINPrihatin #Deepavali #tiktokmalaysia #mydinmalaysia