@user6069831981533:

المتوكل على الله
المتوكل على الله
Open In TikTok:
Region: LY
Wednesday 11 November 2026 13:18:03 GMT
656
36
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @user6069831981533, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Kelmarin tragedi letupan di AEON Kumamoto telah berlaku susulan gempa bumi yang melanda Kumamoto. Letupan di AEON itu telah menyebabkan kematian beberapa orang pekerjanya. Presiden AEON tampil sendiri di sidang media. Beliau memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mereka serta berjanji memberi kerjasama penuh kepada siasatan. Walaupun punca sebenar ketika ini masih disiasat, beliau tidak bersembunyi di belakang kenyataan media atau melepaskan tanggungjawab kepada orang bawahan. Pada masa yang sama, beliau mengakui mereka tidak menjangkakan letupan itu dan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan.  Masa aku tinggal di Jepun... Aku selalu nampak budaya ini. Apabila berlaku sesuatu yang melibatkan sesebuah organisasi, orang yang memegang amanah akan tampil di hadapan. Mereka tidak bersembunyi. Mereka memberi penjelasan, memohon maaf jika perlu dan berjanji untuk memperbaiki keadaan. Di Jepun, memohon maaf bukan semestinya bermaksud seseorang sudah mengaku bersalah dari sudut undang-undang. Ia juga membawa maksud mengambil tanggungjawab moral terhadap apa yang berlaku dan menunjukkan rasa hormat kepada mangsa serta masyarakat. Sebab itu ramai pemimpin syarikat di Jepun memilih untuk tampil sendiri apabila berlaku krisis, walaupun punca sebenar masih disiasat. Budaya ini membina keyakinan bahawa mereka tidak lari daripada amanah. Inilah antara perkara yang aku rasa kita boleh belajar. Bukan sekadar pandai mengurus ketika semuanya berjalan lancar. Tetapi berani tampil apabila berlaku masalah. Kerana kepercayaan dibina bukan ketika kita berjaya... Tetapi ketika kita sanggup memikul tanggungjawab. Kalaulah budaya ini dipraktikkan oleh ahli politik di Malaysia ini ... hmmmm adakah ini cuma angan-angan yang tak akan berlaku??? #FaktaJepun #BudayaJepun #AEON #BelajarDariJepun #gempabumikumamoto

About