@ustaz.hj.taufik.ut: Dalam Jemaah Tabligh, kita dapat jumpa macam-macam manusia. Ada Ulama’, Artis, Doktor, ahli perniagaan, golongan profesional, malah mereka yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta. Tetapi bila keluar di jalan Allah swt, semuanya belajar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Yang berpangkat belajar merendah diri, yang berilmu belajar menghormati, yang terkenal tidak meminta disanjung. Di sini kita belajar satu perkara. Di sisi Allah swt, bukan pangkat yang memuliakan kita, bukan nama yang meninggikan kita, tetapi iman dan takwa. Kita datang daripada dunia yang berbeza, tetapi Allah swt satukan hati kita dalam satu usaha. Kita tak kenal kerana nama, tak rapat kerana kedudukan, tak sayang kerana populariti. Kita berkasih sayang kerana Allah swt. Yang baru kenal terasa seperti saudara lama. Yang berbeza latar belakang boleh duduk semeja, makan setalam dan tidur sebantal. Inilah indahnya ukhuwah dalam usaha dakwah. Kita bukan sekadar mencari sahabat di dunia, tetapi berharap dapat dikumpulkan semula sebagai saudara di Syurga. Semoga Allah swt kekalkan kasih sayang ini sampai kita dipanggil pulang. Keluar kerana Allah swt, berkasih sayang kerana Allah swt dan mati dalam iman. 🤲🕋 #UT #DatoDrHasanAli #DatoNashLefthanded #CacaRajaLawak #DatoFirdausHAVOC @HAVOC MY @caca dboss @CEO OF EVENT @pakpot

Ustaz Hj Taufik ( UT )
Ustaz Hj Taufik ( UT )
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 11 November 2026 13:45:35 GMT
4592
99
2
7

Music

Download

Comments

shamjugak
sham..@ :
like
2026-11-11 14:19:58
0
artopeee
artopee :
👍👍👍
2026-11-11 15:18:11
0
To see more videos from user @ustaz.hj.taufik.ut, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About