@ismailsabrirasmi: Semalam saya merasmikan Jelajah Pahang 1st Pendidikan Tinggi dan TVET MARA 2026 di Kompleks Rakan Muda, Bera anjuran Yayasan Pelajaran MARA bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bera yang menghimpunkan 1,000 peserta. Terima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan seluruh ekosistem MARA yang menyediakan ruang kepada golongan belia mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, latihan kemahiran dan bantuan pinjaman pendidikan. Ketika menerajui kerajaan, saya memberi penekanan kepada pengukuhan Majlis TVET Negara dengan menubuhkan Government-Industry TVET Coordination Body dan TVET Collaboration Hub bagi menyelaraskan keperluan industri dengan latihan kemahiran. Penglibatan pelbagai institusi MARA seperti UniKL, GMI, GIATMARA, TVETMARA Kuantan dan Kolej Poly-Tech MARA dalam jelajah ini memberi pendedahan lebih luas kepada belia mengenai pilihan pendidikan dan latihan kemahiran. Hasrat kita adalah memastikan tiada anak muda terutamanya di Bera ini, tercicir daripada mendapatkan akses pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berkualiti yang memenuhi keperluan industri.
Ismail Sabri Yaakob
Region: MY
Thursday 12 November 2026 04:13:43 GMT
Music
Download
Comments
M :
dgn sokongan penuh raayat kita biruhijaukan Melaka Malaysia lnshaallah
2026-11-12 13:04:34
1
MD Sukur Ahmad :
PKMAIL BNUMNO TEWAS DIMELAKA
2026-11-12 06:36:44
0
UmarRazali TV 2 :
👍👍👍🤲🤲🤲🥰🥰🥰💪💪💪💪🤲🤲🤲🤲🤲
2026-11-12 04:19:15
0
dzulkiflimoodali :
🥰🥰🥰
2026-11-12 10:33:14
0
To see more videos from user @ismailsabrirasmi, please go to the Tikwm
homepage.