@astroaudionews: Satu lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, ditemukan di sekitar Empangan Sungai Selangor kira-kira 10.15 pagi tadi. Penemuan itu menjadikan 6 mangsa ditemukan setakat ini, manakala 2 lagi masih hilang. Menurut JBPM Selangor, operasi mencari dan menyelamat diteruskan sejak 7 pagi tadi dengan beberapa pasukan digerakkan mengikut sektor bagi memperluas kawasan pencarian. Dalam kejadian Isnin lalu, 8 lelaki dihanyutkan arus deras dengan mangsa pertama ditemukan di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian. #AstroAudioNews