@wansukairi: Pagi ini kita mulakan hari dengan aktiviti brisk walk di sekitar Kampung Bukit Sama Tahu di DUN Bukit Katil bersama jentera dari DUN Wakaf Mempelam dan Besut. Sambil berjalan dan menghirup udara pagi, kami menyapa penduduk yang setempat, bertanya khabar dan bersembang santai. Dalam masa yang sama, kita ambil peluang memperkenalkan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Katil, Haji Muhammad Ridzuan Mohd Sarif. Seronok dapat luangkan masa bersama jentera dalam suasana begini. Bukan sahaja dapat keluarkan peluh, malah dapat juga mendekati masyarakat dan menyampaikan hasrat kita untuk DUN Bukit Katill. Teruskan semangat, kita pakat usaha sebaik mungkin, insyaAllah. #PRNMelaka #BukitKatil #RidzuanSarif #fyp #PerikatanNasional