@melakatv: HELMY TETAP TENANG, PERCAYA TERJEMAHAN RAKYAT PADA 14 NOVEMBER 12 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Helmy Abdul Halem kekal tenang menghadapi baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selain yakin suasana aman dan harmoni yang dinikmati negeri ini akan diterjemahkan menerusi keputusan rakyat pada 14 November ini. Beliau berkata, suasana kempen yang berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal mencerminkan kestabilan serta kedamaian yang menjadi antara keistimewaan Melaka. Bagaimanapun, beliau mengakui tempoh akhir kempen tetap menjadi fasa mencabar kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada saat-saat terakhir sebelum hari pengundian. #Duyong #PRNMelaka #YbHelmy #MelakaHariIni #MelakaTV