@anne.rin12: BOS SURUH STAFF RESPECT MASA. TAPI DIA SENDIRI TAK RETI RESPECT MASA ORANG LAIN. 🙄 Datang lambat, kena sound. Rehat lebih sikit, kena tegur. Solat pun nak berkira. Ambil anak sekolah pun dianggap curi masa. Tapi bila waktu balik, tiba-tiba ada meeting. Malam-malam WhatsApp pasal kerja. Cuti pun masih nak mengawal. Bos, pekerja dibayar untuk bekerja. Bukan untuk menyerahkan seluruh kehidupan kepada company. Jangan terlalu sibuk menuntut kesetiaan pekerja sampai terlupa bahawa pekerja juga ada keluarga, tanggungjawab dan kehidupan sendiri. Ingat, pekerja boleh cari kerja lain. Tapi masa yang hilang bersama keluarga tak boleh dibeli semula. Bukan semua orang takut kehilangan kerja. Ada yang lebih takut kehilangan harga diri. #RealitiDuniaKerja #BosDoubleStandard #ToxicWorkplace #OfficePolitics #WorkLifeBalance