@ipdiskandarputeri: 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐃𝐇 𝐊𝐏𝐃 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏 𝐈𝐏𝐃 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 Iskandar Puteri, 12 November 2026 – YDH ACP Radin Ramlan bin Radin Taha, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri bersama YBhg. Puan Siti Saleha binti Jaffar, Pengerusi PERKEP Daerah Iskandar Puteri telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menyantuni pesara polis, isteri pesara serta isteri anggota IPD Iskandar Puteri. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke kediaman SM (B) Jaafar bin Samat di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai bagi menziarahi isteri beliau. Rombongan seterusnya mengunjungi kediaman Kpl (B) S. Manivial A/L Shanmugam di Bandar Selesa Jaya, Nusa Bestari bagi menyantuni beliau sempena perayaan Deepavali. Lawatan diakhiri dengan kunjungan bagi menziarahi isteri kepada L/Kpl Eddie Fadzrul bin Adzman di Kuarters IPD Iskandar Puteri. Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan pihak IPD Iskandar Puteri terhadap kebajikan pesara polis dan ahli keluarga warga pasukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang disantuni. Dalam kesempatan tersebut, YDH Ketua Polis Daerah turut menyampaikan sumbangan kebajikan sebagai tanda ingatan dan keprihatinan warga IPD Iskandar Puteri terhadap penerima serta keluarga. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, ahli PERKEP, wakil AMANITA dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Iskandar Puteri serta wakil Persatuan Pesara Polis Negeri Johor.#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #pdrmmalaysia #pesarapdrm #IskandarPuteri
IPD Iskandar Puteri
Region: MY
Thursday 12 November 2026 11:44:00 GMT
Music
Download
Comments
[Hayati❤ :
😌😌
2026-11-12 11:50:08
0
To see more videos from user @ipdiskandarputeri, please go to the Tikwm
homepage.