@utusantvofficial: 12 NOV 26: BARISAN Nasional (BN) meletakkan harapan untuk meningkatkan jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menerusi pengeluaran sepenuhnya pengundi putih serta sokongan lebih besar daripada pengundi Cina. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sasaran itu bersandarkan keyakinan terhadap rekod pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selain faktor penyatuan ummah yang menyaksikan tiada pertembungan tiga penjuru antara BN dan Perikatan Nasional (PN). Klik kotak hijau untuk berita lanjut 📰 #trendingnewsmalaysia #pilihanrayanegerimelaka #prnmelaka #ahmadmaslan