@onnhafiz: Berita baik buat warga Pasir Gudang! Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 2B dijadual siap sepenuhnya 24 November ini! Syukur Alhamdulillah, saya telah membuat tinjauan bagi perkembangan Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) Fasa 2B yang kini telah mencapai 98 peratus kemajuan fizikal dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 24 November 2026. Projek bernilai RM79.61 juta ini melibatkan pelebaran jalan daripada empat kepada enam lorong, bermula dari Persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang. Berdasarkan taklimat Jabatan Kerja Raya (JKR), tumpuan kini diberikan kepada penyempurnaan baki kerja termasuk turapan jalan, pemasangan lampu LED, papan tanda, penghadang keselamatan dan sistem perparitan, serta proses pengujian dan pentauliahan sebelum keseluruhan projek disiapkan mengikut jadual. Saya sedar dan insaf bahawa projek ini sememangnya telah lama dinantikan oleh warga Pasir Gudang, khususnya mereka yang menggunakan laluan ini setiap hari untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah dan menjalankan urusan harian. Kesesakan lalu lintas yang berlarutan bukan sahaja memanjangkan masa perjalanan, malah turut menjejaskan masa berharga bersama keluarga. Justeru, saya amat berharap agar penyiapan projek ini dapat memberikan kelegaan yang telah lama dinantikan oleh penduduk setempat. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta semua agensi dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Semoga segala baki kerja dapat disiapkan mengikut jadual, sekali gus memberikan perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa buat seluruh Bangsa Johor. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

Onn Hafiz
Onn Hafiz
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 12 November 2026 23:35:49 GMT
24588
1912
53
602

Music

Download

Comments

asmazarah
Asma Zarah :
TERBAIK MY MBJ DATO' ONN HAFIZ GHAZI SENTIASA MEMBERI KEUTAMAAN PADA RAKYAT TAHNIAH JOHOR MAJU JOHOR💙❤️
2026-11-13 00:11:45
7
majikanmikimike
MIKI & MIKE 😸 :
selagi ada orang yang lalu kat highway tu, selagi tulah pahala sentiasa mengalir utk YB.. terima kasih byk ye YB.. semoga sentiasa didalam rahmat Allah SWT.. aamiin
2026-11-12 23:46:26
71
angah_wick
Angah_Wick :
Alhamdulillah..Terima kasih Dato.. Dato, sy harap lampu juga buat yg terang ya...
2026-11-13 00:22:40
8
rafiahbintimohamm
Rafiah :
Alhamdulillah Saya orang PG amat bersyukur Semoga dipermudahkan urusan
2026-11-12 23:51:24
7
_amyika_
AMYIKA CEO L :
Alhamdulillah, terbaik mb johor, turun padang.
2026-11-12 23:39:43
2
wak.towing
wak Towing :
alhamdulillah MB JOHOR 👍💯
2026-11-12 23:45:43
3
malaysiapeople
Andy Loh :
Tetbaik YAB MB #MajuJohor #bip16 #bangsajohor
2026-11-13 03:19:31
1
noorlizajuli5
noorlizajuli5 :
Alhamdulillah tq yb
2026-11-12 23:56:45
2
omma.j
omma :
Alhamdulillah
2026-11-12 23:53:32
2
ahmadhaikal2022
ahmadhaikal2022 :
Alhamdulillah, terima kasih YAB MBJ #PKu10
2026-11-13 00:59:26
1
wongfoongyee_mbip
Ahli Majlis MBIP Puan Wong :
Yes ! Thank you YAB MB 💪 #bip14
2026-11-13 06:11:45
0
diyanarail
DiyanaRail :
Alhamdulilah
2026-11-13 00:03:45
2
erinsopia1623
erinsopia :
terbaik
2026-11-12 23:43:14
2
dinattawakilin
Shalahuddin Zakir :
Alhamdulilah Terbaik MBJ dan Exco Kerja Raya🔥🔥🔥
2026-11-12 23:42:58
0
haris.ris427
Haris Ris :
terima kasih MB JOHOR #pp19
2026-11-13 07:48:57
0
kamarulesa
Kem :
Alhamdulillah
2026-11-13 00:25:51
2
arif.yunos
Arif Yunos :
Alhamdulillah
2026-11-13 00:45:01
1
norhayatia19
MINES :
Alhamdulillah
2026-11-13 07:22:12
0
shampske
Ahli Majlis Zon Tmn U, MBIP :
Maju Johor... #BIP5
2026-11-13 06:25:34
0
noblinassir
noblinassir :
terbaik MBJ..
2026-11-13 06:11:35
0
njoy_live
NjoyLive :
Alhamdulillah.. 🤲 #MajuJohor❤💙 #kkkt15
2026-11-13 08:03:36
0
juriah.johari4
juriah Johari :
insyaallah Alhamdulillah bersyukurlah kerana bersusuh payah UTK di jadikan UTK rakyat Negeri Johor syukur lah sengat punyai MB DATUK ONN HAFIZ insan terpilih UTK kami semua sentiasa berdoa agar Allah panjangkan berumur berusia dlm sihat sihat walafiat hendaknya insyaallah Aamiin3 Aamiin3 🥰🥰🥰🥰🥰
2026-11-13 07:25:27
0
teckboondaerahjoh
boon :
The Best MB Maju Johor #BIP 3
2026-11-13 07:47:17
0
dollahyusof357
Pak Yus :
Alhamdullilah terbaik #bip09
2026-11-13 06:12:31
0
anggun_atikah
Ezzan Ismail :
Terbaik mbj #pp004
2026-11-13 07:20:20
0
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About