@teruterubozzu.2: 11/11/26 Isu Nasib Gajah Dara, Amoi dan Kelat Diseksa di Jepun - Dewan Rakyat Gesa Kerajaan Dedah Perjanjian. Isu kebajikan tiga ekor gajah Zoo Taiping - Dara, Amoi dan Kelat - yang dipindahkan ke Zoo Teknologi Osaka, Jepun pada Mac lalu, tidak mendapat jawapan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) apabila menteri kehabisan masa untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, membangkitkan beberapa persoalan mengenai keadaan fizikal, psikologi dan persekitaran ketiga-tiga gajah itu sejak pemindahan mereka ke Jepun. Beliau berkata, laporan penilaian oleh pakar pemeliharaan gajah antarabangsa, Dr William Kit Linse, yang diserahkan kepada NRES pada 16 Jun lalu, dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap 155 jam rakaman video tingkah laku gajah berkenaan. Antara perkara yang menimbulkan kebimbangan ialah tingkah laku pergerakan berulang yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku stereotaip. Bagaimanapun, Bakhtiar mengingatkan bahawa tingkah laku itu tidak semestinya membuktikan tekanan atau pengabaian dan memerlukan penilaian pakar untuk mengenal pasti puncanya. Beliau turut membangkitkan pengesahan Majlis Perbandaran Taiping pada September lalu bahawa berat badan Kelat menurun kira-kira 100 kilogram, daripada 2,800 kepada 2,700 kilogram. Bakhtiar meminta kementerian menjelaskan tindakan susulan terhadap laporan pakar itu, kemungkinan pemeriksaan bebas oleh pakar veterinar dan tingkah laku gajah, serta mekanisme pemantauan berkala terhadap pemakanan, kesihatan, ruang pergerakan dan keadaan habitat ketiga-tiga haiwan tersebut. Beliau juga mahu mengetahui perkembangan rundingan membawa pulang gajah berkenaan, Beliau juga mahu mengetahui perkembangan rundingan membawa pulang gajah berkenaan, selepas menteri sendiri dilaporkan menyarankan langkah itu pada 29 April lalu. Isu ketelusan perjanjian pemindahan turut dibangkitkan dalam perbahasan. Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata perkara utama yang perlu diselesaikan ialah soal kepercayaan, sambil menggesa kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian dan tindakan susulan yang telah diambil. Katanya, isu itu sudah berlarutan sehingga melibatkan menteri dan Perdana Menteri, namun penyelesaian masih belum jelas. Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob, turut meminta perkembangan terkini mengenai kemungkinan membawa pulang ketiga-tiga gajah itu. Bagaimanapun, menteri Tuan Syed Ibrahim Syed Noh hanya menyatakan beliau akan cuba menjawab isu berkenaan sekiranya mempunyai masa kemudian, sambil memberi keutamaan kepada beberapa perkara lain yang dianggap lebih mendesak. Akibat kekangan masa itu, persoalan mengenai kebajikan Dara, Amoi dan Kelat serta status usaha membawa mereka pulang tidak dijawab dalam sesi berkenaan. #malaysia #gajah #fyp #humanity #elephant
teruterubozzu.2
Region: MY
Thursday 12 November 2026 23:40:46 GMT
Music
Download
Comments
Aspalela Delaila :
Makbulkanlah doa² kami Ya Allah..semoga DAK & yg lain2 dpt kembali semula ke Malaysia atas izinMu Ya Allah...
Hasbunallahu wani'mal waqil..Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."bi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."🤲🏼🤲🏼
2026-11-13 02:02:18
46
Dianajalil :
Trima kasih yb… bersuara utk DAK… semoga DAK dibawa pulang aminn🤲
2026-11-13 01:50:28
37
Datin Shereen :
Alhamdulillah
2026-11-13 00:11:58
52
Fadilla Ithnin :
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah
kau gerakkn hati ahli2 parlimen utk bersuara mengenai dak..muga segala usaha para pejuang dimakbulkn Allah
InshaaAllah..kami menunggu kepulangan dak
2026-11-13 03:28:40
14
KAK ANNANANA | NAK BERKONGSI :
alhamdulillah 🤲 mana yg suarakn hak d.a.k mmg aku sokong dia .. undi nnti insyaallah aku undi dia
2026-11-13 05:30:17
8
Idiee Idiee :
trmkasih YB,,bersuare utk DAK
sbgai rakyat M'sia kami mahu DAK dibawe pulang smle,, DAK khznh hutan negara kita M'sia,,zoo Jepun bkn tmpt mrk,
2026-11-13 00:14:57
37
Nor Azian Abd Azi289 :
terima kasih atas prihatinan YB.. sentiasa DOA DAK dpt dikembalikan ke TANAH AIR dgn SEGERA
2026-11-13 03:11:46
16
zuri :
🤲🤲🤲
Makbulkanlah doa² kami Ya Allah..semoga DAK kembali semula ke Malaysia atas izinMu Ya Allah...
Hasbunallahu wani'mal waqil..Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."bi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."🤲🏼🤲🏼💔💔
2026-11-13 05:13:24
9
ina idris :
terima kasih YB bangkitkan isu DAK khazanah negara kite yg terabai dan kami rakyat nk DAK pulang dgn ksdar segera ...al
2026-11-13 01:05:56
17
Asma Sayang :
Alhamdulillah.dah ramai bersuara ..semoga ada sinar untuk DAK dibawa pulang.. DAK sbaq ya syg..doa merintih laq dgn Allah..in sha Allah [Teary eyed]
2026-11-13 01:54:00
15
Eldarling :
Alhamdulilah..Terima kasih
2026-11-13 03:19:05
5
Latifah Othman :
terbaik Datok
2026-11-13 02:04:33
6
@CikKiah🎈 :
knp MPT tu seboleh2 nk cover n x nk BWk blk DAK??? DAK tu dia pya ker??.. dia yg beranakkan ke?? bela... & suka dia la nk buat apa.. mcm tu ehh..
2026-11-13 00:40:32
10
putaranhidup :
2026-11-13 06:05:42
2
Shawamohamed :
Tma Kaseh bersuara semoga dapat balik Malaysia 🤲🤲🤲
2026-11-13 00:40:14
9
Eiya :
Syukur ramai yg dah bersuara
Doa Jgn putus yer pejuang DAK
Yakin ALLAH angkat doa² kita
2026-11-13 01:37:43
6
koi_nazem | HighlyRecommended :
bebaskan DAK dn bebaskan juga gajah lain di sana..something is wrong there
2026-11-13 01:07:53
6
Qissra Nards :
kembalikan dak
2026-11-13 05:38:15
1
~ENY ^~^🌸 :
😭😭😭😭😭😭😭😭
2026-11-13 06:03:48
1
Haura :
🤲🤲🐘🐘🐘👍
2026-11-13 05:44:15
2
zue :
BAWA BALIK DAK!!!!!!!!!!
2026-11-13 06:01:51
1
BeeBa :
aamin
2026-11-13 03:25:34
3
sofea :
up
2026-11-13 06:13:51
0
rose :
teromakasih YB
2026-11-13 06:12:44
1
CIK YAH. :
Terima kasih YB
2026-11-13 05:04:56
1
To see more videos from user @teruterubozzu.2, please go to the Tikwm
homepage.