@raihanjasmee: Lama dah tak bertemu kan? Sis Ann rindu kat korang semua… 🥹❤️ Kami tengah tunggu stok baru sampai tau. Sebenarnya, ada satu lagi sebab sis Ann lama menyepi. Sis Ann sibuk uruskan kes parcel tempahan jahit buyer yang sampai dalam keadaan isi sudah bertukar jadi cadar fitted.(3 pasang pulak tu). Bayangkan perasaan sis Ann dengan team tailor… penat kami siapkan tempahan, akhirnya jadi macam ni. Memang sedih sangat. 💔 Kami dah buat full refund kepada buyer, dengan harapan dapat tuntut pampasan daripada pihak kurier. Cuma selepas refund dibuat, kami sukar mendapatkan kerjasama buyer untuk melengkapkan tuntutan. Jadi, prosesnya memang mencabar. Tapi bila Allah kata masih ada rezeki untuk kami, alhamdulillah… dengan bukti yang ada, akhirnya kami berjaya dapat separuh daripada jumlah tuntutan. Walaupun tak dapat semula semuanya, tetap syukur. 🤲🏻 Pengalaman kali ni betul-betul beri pengajaran pada sis Ann. Lepas ni, setiap parcel tempahan jahit akan kami ambil perlindungan insurans. Kos pos mungkin bertambah sedikit ya, demi menjaga hasil jahitan kami dan tempahan korang juga. Terima kasih yang masih setia tunggu sis Ann. Insya-Allah stok baru sampai nanti, kita meriahkan balik sini. Rindu nak sembang dengan korang! 🫶🏻

raihanjasmee
raihanjasmee
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 13 November 2026 04:54:49 GMT
1987
51
4
3

Music

Download

Comments

erwinaaaa03
erwina :
Allah bersama orang yg telus kak inshaAllah masih ada rezeki untuk kes ni kak🫶🏻 you already doing the best giving the best service for your customers semoga Allah hadirkan ramai customers yang baik and sport rim lepas ni✨💕
2026-11-13 06:03:39
1
itsumira
🌸umira🌸 :
an... nak tempah tailor ni. siap jahit tangan tu
2026-11-13 08:42:47
1
faizasahari94
asmiranda 👩🏻‍🏫 :
Bila nak restock kain jenis corak klasik ni lagi sis? Dah beli 1 yg mix and match heritage tu. Cantik sangat 😍
2026-11-13 15:46:10
0
soy4y4
soy@y@ :
Sama ada org dlm kurier tau value baju & mmg aim sis Ann atau saja nk suruh byr extra inusrance tu.. semoga sentiasa dipermudahkn urusan team Ann
2026-11-13 06:13:27
0
To see more videos from user @raihanjasmee, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About