@tvpss.smkalma: Majlis Penyerahan Sekolah Angkat Madani LPPKN 2026. 13 November 2026 / Jumaat Terima kasih Ybhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN atas sumbangan 8 unit smartboard, 8 unit pendingin hawa, 3 unit komputer dan pengubahsuaian bilik Kafe Teen. Tidak lupa juga kepada Yayasan Petronas yang turut memberi sumbangan kepada murid-murid SMK Alma. Semoga kerjasama antara LPPKN dan SMK Alma akan berterusan hendaknya. Segala sumbangan sangatlah bermakna buat warga SMK Alma dan akan dimanfaatkan sebaiknya. #smkalma #sekolahangkatmadani