@ddaniyaldbiyajid: “Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.” (HR. al-Bukhari) Hari ini, semakin banyak perkara yang sepatutnya menjadi aib dijadikan tontonan. Maruah dibuka, dosa dipertontonkan dan keaiban orang lain dijadikan hiburan. Jangan terlalu mengejar perhatian manusia sehingga hilang rasa malu kepada Allah. Ingatlah, bukan semua perkara perlu dikongsi dan bukan semua perkara layak dipertontonkan. Jagalah maruah, peliharalah iman.