@melakatv: AISYAH TUMPU PERSIAPAN JENTERA, SELESAI KENAL PASTI ISU PENDUDUK PENGKALAN BATU 13 November - Kira-kira 80 peratus penduduk yang disantuni berpuas hati dengan perkhidmatan Barisan Nasional (BN), manakala baki maklum balas diterima akan dijadikan panduan untuk menambah baik keperluan masyarakat setempat. Calon Barisan Nasional (BN) N.15 Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood berkata, hasil pertemuan bersama penduduk turut mengenal pasti beberapa isu memerlukan perhatian, termasuk penyelenggaraan pokok, bil elektrik secara fizikal serta kemudahan pondok menunggu kenderaan e-hailing di kawasan rumah pangsa. 🎥 Hasbullah Azhar #PengkalanBatu #BarisanNasional #Calon #Melaka #MelakaTV