@.mk4kwallpapers: Old money

MK4KWallpapers
MK4KWallpapers
Open In TikTok:
Region: NG
Friday 13 November 2026 14:35:04 GMT
480
14
0
4

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @.mk4kwallpapers, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 – Sudah 19 tahun berlalu sejak Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) mula dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) pada tahun 2006, namun sehingga kini bayangnya pun belum kelihatan. Projek mega yang diimpikan oleh rakyat Terengganu dan Kelantan untuk menikmati sistem jalan raya yang lebih selamat dan efisien ini terus tenggelam dalam belantara birokrasi dan janji politik yang tidak tertunai. Lebih menyedihkan, projek-projek lain di negeri-negeri tertentu yang tidak pun tersenarai dalam mana-mana Rancangan Malaysia berjaya disiapkan terlebih dahulu menunjukkan kelemahan struktur perancangan nasional yang terlalu bergantung kepada budi bicara politik kerajaan persekutuan. “Rancangan Malaysia hanyalah pelan lima tahun yang tidak mengikat sesiapa. Ia sekadar dokumen perancangan oleh Kementerian Ekonomi. Apa jaminan rakyat bila janji dalam RMK pun tidak ditepati?” soal seorang penganalisis dasar yang tidak mahu dinamakan. Pada Ogos 2022, kerajaan mengesahkan kajian awal LPT3 telah siap dengan kos RM35 juta. Namun, pada tahun 2024, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan di Parlimen bahawa projek ini masih belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, malah hanya berada di peringkat cadangan pelaksanaan melalui mekanisme RFP (Request for Proposal). Kos asal LPT3 yang dianggarkan sekitar RM2.867 bilion pada 2009 kini melambung kepada RM9.8 bilion akibat kelewatan pelaksanaan. “Siapa yang bayar harga kegagalan ini? Sudah tentu rakyat khususnya pembayar cukai dari Terengganu dan Kelantan yang sekian lama dinafikan hak menikmati hasil pembangunan yang setimpal,” ujar sumber industri infrastruktur. Sebagai perbandingan, Kanada melaksanakan model pembangunan melalui “Investing in Canada Infrastructure Program” yang diperkukuh oleh akta dan perjanjian dua hala antara kerajaan persekutuan, kerajaan wilayah dan pihak swasta, memastikan kesinambungan walau berlaku pertukaran kerajaan. Malaysia pula terus bergelut dengan model pembangunan yang bersifat politik, bukan institusional. Projek LPT2 sebelum ini turut dikritik kerana jajaran yang tidak strategik dan pembiayaan yang membebankan negeri Terengganu sehingga RM1.8 bilion tanpa persetujuan kerajaan negeri sendiri. Kini, rakyat Terengganu dan Kelantan mahu LPT3 dimasukkan sebagai projek keutamaan dalam RMK-13. Mereka tidak mahu lagi hanya menjadi pemerhati kepada pembangunan yang berat sebelah. “Kerajaan persekutuan perlu berhenti menjadikan federalisme sebagai alat politik. Sudah sampai masa hubungan pusat-negeri diinstitusikan bukan hanya bergantung kepada siapa pegang Putrajaya,” kata seorang ahli akademik. Jika keadaan ini berterusan, maka sistem federalisme Malaysia hanya tinggal pada nama. Sedangkan negeri-negeri seperti Terengganu pernah memiliki kedaulatan penuh sebelum penyatuan persekutuan. #news #2025 #omgsekmung #tiktokmalaysia #viraltiktok #foryoupage

About