اکاونت تيدق دتموي :
Bila dah semakin matang, baru kita sedar bahawa sebenarnya kita tak boleh jatuh cinta dengan orang yang sama untuk kali kedua. Bukan kerana hati sudah tidak mampu mencintai, tetapi kerana orang yang pernah kita cintai itu mungkin sudah tidak wujud dalam versi yang sama. Dia sudah berubah, kita juga sudah berubah. Cara dia melayan kita tidak lagi seperti dahulu, cara dia memandang kita mungkin sudah berbeza, dan perkara-perkara kecil yang pernah membuatkan kita rasa begitu istimewa suatu ketika dahulu mungkin sudah tidak lagi bermakna baginya.
Kadangkala, kita fikir kita masih mencintai orang yang sama, sedangkan sebenarnya kita cuma terlalu merindui kenangan yang pernah dicipta bersama. Kita rindukan cara dia menyapa kita setiap pagi, cara dia bertanya tentang hari kita, cara dia membuatkan kita tersenyum tanpa sebab, perbualan panjang sehingga terlupa waktu, gurauan kecil yang hanya kita berdua faham dan perasaan bahagia ketika mengetahui bahawa ada seseorang yang benar-benar mahu kita dalam hidupnya. Kita rindukan semua itu, sehingga tanpa sedar kita mula menganggap bahawa kita masih mencintai orangnya, sedangkan yang sebenarnya kita sedang merindui satu fasa kehidupan yang sudah lama berlalu.
The second time you fall in love with the same person, sometimes you are not falling in love with who they are anymore. You are falling in love with the memories of who they used to be. You are hoping that the person standing in front of you will somehow become the person who once made your heart feel safe. You keep waiting for the old version of them to return. You keep looking for the same warmth in their words, the same excitement in their presence and the same affection in the way they treat you. But the painful truth is, you cannot keep loving someone based on the way they used to make you feel while ignoring the way they make you feel today.
Bila kita semakin dewasa, kita mula faham bahawa tidak semua orang yang pernah membuatkan kita bahagia akan mampu membahagiakan kita untuk kali kedua. Tidak semua orang yang pernah menjadi tempat paling selesa untuk kita pulang akan kekal menjadi tempat yang sama. Ada orang yang pernah menjadi sebahagian daripada doa kita,
2026-11-14 09:31:48