@melakatv: PRN MELAKA: DR. AKMAL SELESAI TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI DI SK MERLIMAU 14 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau, pagi ini. Beliau tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.40 pagi bersama isterinya, Datin Dr. Fatin Nadhirah Idrus sebelum selesai mengundi di saluran lima pada jam 8.50 pagi. 🎥 Nushrotulauni #PRN #Akmal #Melaka #MHI #MelakaHariIni