@ewonbenedickoffic0: 13 November 2026 | Sepanggar Mengadakan lawatan ke kawasan parkir lori dan treler kontena yang disediakan KKIP sebagai salah satu daripada 10 Pelan Tindakan menangani kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP). Kawasan seluas lebih satu ekar ini mampu menempatkan 50 treler pada satu-satu masa dan boleh diperluas mengikut keperluan. Kemudahan ini juga akan membantu mengurangkan parkir treler di bahu jalan yang boleh mencecah 200 buah lori. DBKK akan membantu mewartakan kawasan ini sebagai tapak parkir sementara, manakala agensi penguatkuasaan akan memastikan penggunaannya dipatuhi oleh syarikat pengangkutan. #SabahMajuJaya #SabahFirst #TerusCemerlang