@melakatv: ‘SAYA RASA SUDAH DEWASA’ JARI BERDAKWAT, TERUJA UNDI KALI PERTAMA 14 November - Pengalaman pertama kali mengundi bukan sahaja mencetuskan keterujaan, malah menjadi kenangan manis buat seorang gadis berusia 19 tahun, Afrina Hannani Helmi yang tidak sabar merasai sendiri pengalaman memilih wakil rakyat. Afrina Hannani berkata, dia sudah lama menantikan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan teruja apabila akhirnya berpeluang melakukannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Lebih menarik, anak bongsu dari dua beradik itu berkata dakwat kekal pada jari sebagai tanda selesai mengundi itu disifatkan sebagai tanda dirinya kini sudah melangkah ke alam dewasa selepas berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. 🎥 Alya Atiqah #pengundi #muda #prnmelaka #ayermolek #mhi #melakahariini #melakatv